Skip to main content

Teknik Pemangkasan : Bunga Kertas

BUNGA KERTAS: TEKNIK PEMANGKASAN



Bunga Kertas (Bougainvillea) tergolong sebagai pokok serba boleh.  Ia mudah mengeluarkan bunga dan mempunyai pelbagai ukuran.  Ia juga sesuai ditanam sebagai penutup bumi, rimbun, pagaran, berkelompok, bonsai, topiari dan espeliar.  Bunga kertas di bahagikan kepada tiga jenis spesies, iaitu Bougainvillea spectabilis, Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana.  Ada juga jenis lain yang berasal daripada kacukan (hybrid) atau, mutation.

BOUGAINVILLEA SPECTABILIS
Jenis menjalar, duri kasar dan dahan tidak berbulu.  Bunganya indah berwarna merah dan ungu.  Pengeluaran bunga bermusim. Cabang dahan rapat dan pendek.  Kanopi padat dan berjambak di hujung (terminal).

BOUGAINVILLEA GLABRA
Jenis memanjat, melampai dan berduri kecil serta pendek.  Cabang dahan rapat dan pendek.  Berbunga sepanjang masa pada seluruhn dahan.  Bunganya tajam (Pointed), tiga segi dan pelbagai ukuran berwarna putih, merah mawar serta ungu.

BOUGAINVILLEA PERUVIANA
Jenis memanjat dan berduri.  Dahan berwarna hijau, melampai dan merebak.  Durinya pipis, lurus dan bengkok apabila matang.  Berbunga di hujung dan pada musim kering.  Bunganya kecil, bulat dan berkedut, berwarna merah ungu serta merah jambu.

BOUGAINVILLEA BUTTIANA
Jenis kacukan, memanjat dan besar.  Duri besar dan tegap.  Cabang dahan terbuka dan merebak.  Bunganya bulat, berwarna putih, kuning jingga, merah jambu dan berbunga sepanjang tahun.

TUJUAN MEMANGKAS
Pemangkasan adalah kegiatan berterusan untuk bunga kertas supaya tumbesaran dan perkembangannya dapat dikawal.  Ia bertujuan menggalakkan berbunga, pertumbuhan daun, membentuk pokok, memelihara
kesihatan, peredaran udara, mendapatkan cahaya dan mengecil atau, merenekkan pokok.
Tidak semua tujuan ini dapat dicapai sekaligus sewaktu memangkas.  Dua atau tiga yang utama sudah mencukupi.  Tujuan lain boleh dilakukan pada waktu lain.

PERALATAN MEMANGKAS
  1. Kacip tangan – guna yang tajam dan bersih.  Pilih ukuran sesuai dengan dahan yang hendak dipotong.
        Ukuran sederhana untuk dahan 2 cm dan ukuran besar untuk dahan 3 hingga 4 cm.
  1. Gunting Andaman – alat istimewa untuk buat topiari.  Digunakan untuk mendandan dahan hijau atau
        pucuk bagi mendapat bentuk yang rata dan kemas.
  1. Kacip tangan panjang – diguna untuk memangkas dahan garis pusat 5 hingga 6 cm, terutama untuk
        memotong dahan tua di pangkal pokok.

CARA MEMANGKAS
  1. Memotong balik – kaedah memotong dahan kepada ruas.  Potongan serong dibuat di atas ruas.
        Tindakbalasnya ialah segala tunas yang terpendam atau rehat selama ini, akan mula keluar          kerana bahagian pangkal dahan sudah dipotong.  Dahan yang dipotong balik akan                          menggalakkan kanopi yang padat, rimbun dan mengecilkan pokok keseluruhannya.
  1. Penjarangan – memotong dahan secara terpilih balik ke pangkalnya supaya kanopi pokok menjadi lebih terbuka dan melampai.
        Untuk mendapatkah bentuk yang dikehendaki, kedua-dua kaedah di atas boleh digunakan,            tetapi pastikan tujuannya terlebih dahulu sebelum bertindak.  Kerja memangkas mesti                    dilakukan berterusan jika hendak mengekalkan pokok berbunga dan untuk dijadikan bentuk.  
        Biasanya pemangkasan dilakukan selepas pokok berbunga, diikuti dengan membaja dan              memupuk tanah (top dressing) atau menukar tanah yang lama.

BENTUK
Bunga kertas bersifat serba boleh untuk langskap dan, mudah dibentuk.  Ada tiga bentuk asas yang boleh dilakukan:
  1. Piawai – potong semua dahan susur yang tumbuh supaya mendapat satu batang utama dari pangkal dan dahan digalak bercabang 1 m dari atas tanah.  Segala dahan susur dipotong balik untuk menggalakkan kanopi padat dan bulat.  Bentuk ini sesuai untuk semua jenis Bougainvillea spectabilis.
  1. Lampai – bentuk ini mempunyai satu hingga dua batang utama.  Dahan di bahagian atas dipangkas (penjarangan) secara terlipih supaya dahan melampai dan merebak.  Ia adalah satu bentuk yang indah, tetapi mengambil masa untuk melihat hasilnya.  Ini sesuai untuk Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana.
  1. Rimbun – potong balik batang utama untuk menggalakkan tunas rehat mengeluarkan dahan yang padat dan rimbun.  Sesuai untuk Bougainvillea spectabilis, Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana.

PEMBERSIHAN
Sebelum melakukan kerja-kerja pemangkasan, pembersihan pokok hendaklah dilakukan terlebih dahulu.  Ia membabitkan:

  1. Membuang sulur air, iaitu dahan yang besar berwarna merah perang apabila muda dan hijau apabila matang serta daun lebar berwarna hijau tua berdahan rapuh.  Sulur air ini akan bersaing dengan dahan berbunga untuk mendapat air dan nutrient.  Selalunya jambak bunga dari sulur adalah jarang dan kurang menarik.
  1. Dahan mati disebabkan pemangkasan terdahulu yang jauh dari ruas.
  2. Dahan berpenyakit,
  3. Dahan patah atau sekah,
  4. Puntung dahan (stubs) disebabkan pemangkasan yang tidak betul,
  5. Dahan berselang-seli dan bergeseran.  Lukanya boleh menyebabkan penyakit.
  6. Kuntum bunga lama perlu dipangkas supaya kelihatan bersih.
  7. Daun kekuningan dan berpenyakit perlu dibuang.
  8. Dahan lemah yang boleh mengakibatkan sekah atau patah pada masa akan datang.

Selepas selesai melakukan kerja pembersihan, bolehlah dilakukan pemangkasan sebenar hingga selesai.

Comments

Popular posts from this blog

Ajinomoto sebagai Baja

SEMBURAN MSG MENINGKATKAN KESUBURAN TANAH Asid glutamik bebas  terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalahnya adalah  MSG  ( monosodium glutamate ). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima. Tapi di sini bukanlah saya nak bercerita tentang kesedapan perasa MSG. Masih tertakluk kepada cerita tanaman. Hal ini berkaitan penggunaan MSG sebagai salah satu penggalak tanaman. Penggalak tanaman berfungsi memberi ‘ booster ‘ kesuburan pokok selepas baja. Cuma ada satu isu berkenaan MSG yang berlegar di ruang Internet yang perlu kita ketahui. Penggalak Tanaman – AuxiGro Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG ( monosodium glutamate ) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan  AuxiGro  dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro . MSG dalam AuxiGro menj

Cara Mudah Penanaman Bunga Kertas di Rumah

6 Cara Mudah Menanam Bunga Kertas di Rumah Bunga kertas atau yang dikenal juga dengan nama bunga Bougainville adalah salah satu jenis tanaman hias yang populer karena sangat mudah dipelihara dan dirawat. Selain itu, tanaman hias bunga satu ini juga memiliki jenis dan varietas warna yang beragam sehingga kamu bisa berkreasi dengan berbagai jenis warna untuk membuat taman bunga yang cantik dan sesuai dengan impianmu. Tertarik untuk memiliki bunga kertas di taman rumahmu? Yuk, pelajari bagaimana cara menanam bunga kertas dan juga tips perawatan agar bunga ini terus-terusan mekar dengan subur! 1. Persiapkan Media (Tanah) Tanam Bunga Kertas Salah satu karakter dari tanaman hias satu ini adalah ia menyukai media tanam yang berpori sebagai media sirkulasi udara dan drainase air yang baik. Maka dari itu, media tanam yang dianjurkan untuk menanam bunga kertas adalah media tanam campuran yang berpasir. Gunakan campuran pasir malang dan juga tanah humus sebagai medi