Skip to main content

Ajinomoto sebagai Baja



SEMBURAN MSG MENINGKATKAN KESUBURAN TANAH



Asid glutamik bebas terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalahnya adalah MSG (monosodium glutamate). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima.
Tapi di sini bukanlah saya nak bercerita tentang kesedapan perasa MSG. Masih tertakluk kepada cerita tanaman.
Hal ini berkaitan penggunaan MSG sebagai salah satu penggalak tanaman. Penggalak tanaman berfungsi memberi ‘booster‘ kesuburan pokok selepas baja.
Cuma ada satu isu berkenaan MSG yang berlegar di ruang Internet yang perlu kita ketahui.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro  akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .
MSG dalam AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.

Bahan MSG Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif iaitu Ajinomoto. Ajinomoto memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dengan MSG.
Menurut netizen (pengguna Internet) apabila pokok disembur MSG, akan menghasilkan kesan yang bagus. Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya. Kesan sama dengan AuxiGro.

Bancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok

Terdapat dua kaedah.
Kaedah pertama:
Sukatan:
1 sudu teh (5 g) Ajinomoto per pasu
Tabur terus ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
Kaedah kedua:
Sukatan:
Pokok kecil – 1 sudu makan (15 g) + 5 L air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)
Pokok besar (umur setahun ke atas) – 5 sudu makan (75 g)  + 1 L air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)
Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya. Menakjubkan! Sila cuba cepat!

Eksperimen semburan MSG pada anak pokok delima.
Gambar kiri – anak pokok disembur MSG. Gambar kanan – anak pokok tidak disembur MSG. (sumber Internet)


Ah, bukankah itu memang bagus? Walaupun kita tak makan MSG, sekurangnya ia dapat membantu kita di kebun.

Comments

Popular posts from this blog

Teknik Pemangkasan : Bunga Kertas

BUNGA KERTAS: TEKNIK PEMANGKASAN Bunga Kertas (Bougainvillea) tergolong sebagai pokok serba boleh.  Ia mudah mengeluarkan bunga dan mempunyai pelbagai ukuran.  Ia juga sesuai ditanam sebagai penutup bumi, rimbun, pagaran, berkelompok, bonsai, topiari dan espeliar.  Bunga kertas di bahagikan kepada tiga jenis spesies, iaitu Bougainvillea spectabilis, Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana.  Ada juga jenis lain yang berasal daripada kacukan (hybrid) atau, mutation. BOUGAINVILLEA SPECTABILIS Jenis menjalar, duri kasar dan dahan tidak berbulu.  Bunganya indah berwarna merah dan ungu.  Pengeluaran bunga bermusim. Cabang dahan rapat dan pendek.  Kanopi padat dan berjambak di hujung (terminal). BOUGAINVILLEA GLABRA Jenis memanjat, melampai dan berduri kecil serta pendek.  Cabang dahan rapat dan pendek.  Berbunga sepanjang masa pada seluruhn dahan.  Bunganya tajam (Pointed), tiga segi dan pelbagai ukuran berwarn...

Langkah Merawat Bunga Kertas

5 Cara Mudah Merawat Bunga Kertas Agar Cepat Berbunga dan Lebat Cara Merawat Bunga Kertas  – Bunga kertas atau sering juga disebut bunga bougenville sebenarnya dapat tumbuh subur di mana saja. Hanya saja cara perawatannya akan berbeda-beda bergantung dari lokasi penanaman seperti di dataran tinggi atau dataran rendah, misalnya. Bunga kertas memiliki corak warna yang sangat beragam dan akan berbunga pada saat musim kemarau tiba. Warna bunga kertas yang umum dan sering dijumpai di Indonesia yakni bunga kertas yang berwarna putih, kekuningan, serta merah jambu. Bunga berupa semak dan perdu kecil yang terdiri dari 20 jenis tanaman ini diperkirakan berasal dari Amerika Tengah dan Selatan serta Mexico. Morfologi atau Ciri-ciri Bunga Kertas Ada baiknya sebelum tahu cara merawat bunga kertas yang baik dan benar, kita perlu mengetahui ciri-ciri fisik dari tanaman bunga cantik asal Meksiko ini. Secara umum morfologi tananaman bunga kertas adalah sebagai berikut: Akar ...