BUNGA KERTAS: TEKNIK PEMANGKASAN Bunga Kertas (Bougainvillea) tergolong sebagai pokok serba boleh. Ia mudah mengeluarkan bunga dan mempunyai pelbagai ukuran. Ia juga sesuai ditanam sebagai penutup bumi, rimbun, pagaran, berkelompok, bonsai, topiari dan espeliar. Bunga kertas di bahagikan kepada tiga jenis spesies, iaitu Bougainvillea spectabilis, Bougainvillea glabra dan Bougainvillea peruviana. Ada juga jenis lain yang berasal daripada kacukan (hybrid) atau, mutation. BOUGAINVILLEA SPECTABILIS Jenis menjalar, duri kasar dan dahan tidak berbulu. Bunganya indah berwarna merah dan ungu. Pengeluaran bunga bermusim. Cabang dahan rapat dan pendek. Kanopi padat dan berjambak di hujung (terminal). BOUGAINVILLEA GLABRA Jenis memanjat, melampai dan berduri kecil serta pendek. Cabang dahan rapat dan pendek. Berbunga sepanjang masa pada seluruhn dahan. Bunganya tajam (Pointed), tiga segi dan pelbagai ukuran berwarna putih, merah mawar serta ungu. BOUGAINVILLE